BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) dan pengamat politik mengalu-alukan langkah Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan sidang Parlimen esok bagi membolehkan AP mengemukakan soalan berhubung pertikaian PM Lee dengan adik-beradiknya.
Mereka yang ditemuramah Berita Minggu (BM) berkata membawa isu itu ke Parlimen membolehkan pemerintah menjelaskan segala dakwaan serius mengenai integriti pemerintah serta dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilemparkan adik-beradik PM Lee - Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling terhadap PM Lee.