PASARAN harga flat jualan semula HDB terus stabil dalam suku pertama tahun ini selepas ia mencatatkan kemerosotan hanya 0.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata perangkaan awal HDB hari ini.
Kadar tersebut lebih rendah daripada kenaikan harga 0.1 peratus daripada suku keempat tahun lalu.
Namun, pasaran harga flat jualan semula sekarang sama dengan harga suku ketiga tahun lalu, iaitu 9.9 peratus di bawah harga tertinggi yang dicatatkan dalam suku kedua 2013.
Mengulas mengenai perangkaan tersebut, ketua utama eksekutif ERA Realty Network, Encik Eugene Lim, berkata harga jualan semula HDB secara umum stabil.