HARGA dan jumlah penjualan flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) susut bulan lalu berbanding Disember tahun lalu.
Perangkaan menunjukkan harga jualan semula susut 0.5 peratus manakala jumlah flat yang dijual merosot 31.4 peratus, menurut kenyataan firma gerbang laman hartanah, SRX Property.