Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Harga kondo jualan semula susut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga kondo jualan semula susut

Jan 13, 2014 | 03:31 PM



HARGA penjualan semula kondominium dan apartmen susut susut 0.2 peratus bulan lalu, menjadikan ia kemerosotan empat bulan berturut-turut, menurut perangkaan awal Singapore Real Estate (SRX).


Bagi keseluruhan tahun lalu, harga penjualan semula kondominium dan apartmen susut 3.7 peratus.


Dianggarkan sebanyak 377 unit kondominium dan apartmen dijual semula bulan lalu, meningkat sedikit berbanding 375 unit pada November.


"Saya yakin harga penjualan semula mengambil isyarat dari pasaran utama di mana banyak syarikat pemaju mengurangkan harga pelancaran bagi menarik pembeli. Selain itu, sentimen pasaran yang lemah disebabkan bekalan yang besar dan langkah meredakan pasaran hartanah juga menjejas permintaan,'' ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor.


Mencatatkan kemerosotan terbesar ialah harga kondominium dan apartmen jualan semula di kawasan pusat bandar yang merosot 2.3 peratus.


Ini diikuti dengan harga di kawasan luar bandar yang turun 1 peratus.


Menunjukkan trend yang berbeza ialah kawasan pinggir bandar yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 2.9 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >