HARGA minyak jatuh awal semalam kerana peningkatan eksport Iran melemahkan usaha pengeluar lain membendung bekalan tidak terjual dan penggerudi minyak Amerika Syarikat meningkatkan kegiatan bagi minggu kesepuluh.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, didagangkan pada AS$56.97 ($82.02) setong pada 0019 GMT, turun AS$0.13 daripada penutupan terakhirnya.