NEW YORK: Harga minyak susut lebih 3 peratus kepada paras terendah sejak lebih lima minggu selepas Amerika Syarikat menunjukkan inventori petrol yang tinggi serta perangkaan Agensi Perbekalan Antarabangsa (IEA) yang menjangkakan kenaikan besar dalam keluaran minyak dari negara bukan anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) tahun depan.
Kenaikan inventori petrol itu akan menyebabkan harga masa hadapan petrol susut lebih 4 peratus, menyebabkan harga minyak mentah Amerika dan harga minyak Brent juga susut.