Harga saham susut dek ketegangan di Ukraine

Norhaiza Hashim

KEBIMBANGAN tercetusnya perang antara Russia dengan Ukraine akibat ketegangan politik telah menjunamkan harga saham di dunia dan Asia semalam.

Indeks Straits Times (STI), kayu ukur prestasi saham-saham mewah di Singapura, menjunam susut 0.86 peratus atau 26.88 mata mencapai 3,083.90 mata semalam.

Saham Tokyo susut 1.27 peratus, manakala saham-saham lain di rantau ini merosot termasuk Malaysia dan Indonesia juga merosot 0.6 peratus dan 1 peratus.

Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry sedang bersedia untuk melawat Kiev setelah askar Russia mengambil alih kawalan di beberapa prasarana penting di serata semenanjung Crimea.

Ia berlaku selang sehari setelah Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mendapat kelulusan Parlimen bagi mengerahkan askarnya ke Ukraine.

Harga saham di Russia menjunam 9 peratus apabila dibuka semalam, manakala mata wang rouble susut 2 peratus ke paras paling rendah berbanding sedolar Amerika.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.