Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Hartawan M'sia Jho Low 'orang diberi perhatian' dalam siasatan berkaitan 1MDB: CAD

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hartawan M'sia Jho Low 'orang diberi perhatian' dalam siasatan berkaitan 1MDB: CAD

Nov 10, 2016 | 03:00 PM



JABATAN Ehwal Komersial berkata pada Khamis (10 Nov) ia sedang menyiasat hartawan Malaysia, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low; rakan perniagaannya, Eric Tan Kim Loong; dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny berhubung pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB.



Pegawai penyiasat CAD, Encik Oh Yong Yang, memberitahu mahkamah pada hari kelapan perbicaraan seorang bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei, bahawa tiga orang itu "orang diberi perhatian" dalam siasatan CAD terhadap "kes pengubahan wang haram rumit, canggih dan terbesar melibatkan berbilion dolar dalam urus niaga" yang dikaitkan dengan 1MDB.



Tiga orang itu, antara lain, juga sedang disiasat oleh negara lain, kata Encik Oh. Low dan Tan menjadi subjek siasatan CAD sejak 2015, ujar beliau.



Al-Husseiny, seorang warga Amerika, adalah bekas ketua pegawai eksekutif Aabar Investments, syarikat dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (Ipic).



Beliau telah ditahan pihak berkuasa Abu Dhabi dan sedang menunggu ekstradisi atas tuduhan berkaitan 1MDB, menurut laporan media.



Encik Oh memberitahu mahkamah syarikat Aabar Investments PJS Ltd (Samoa) dan Aabar International Investments PJS Ltd (BVI), bersama Aabar Investments PJS Ltd (Seychelles) dan Aabar Investments PJS Ltd (BVI), terlibat dalam siasatan CAD yang melibatkan Yeo, Tan, Low, Al Husseiny dan orang lain.



Yeo, yang sedang dibicarakan bagi empat tuduhan menghalang proses keadilan, didakwa memberitahu seorang pekerja Amicorp Group, Encik Jose Renato Carvalho Pinto, cara menyusun stuktur dana bagi syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan sebuah syarikat sah, Aabar Investments PJS, iaitu anak syarikat Ipic.



Apabila ditanya pihak pendakwaan apakah empat syarikat itu ada kaitan dengan Aabar Investments PJS, Encik Oh berkata "CAD mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa empat syarikat itu tidak ada kaitan dengan dana kekayaan berdaulat tersebut".



Yeo menghadapi tujuh pertuduhan lain, iaitu menipu, pemalsuan dan pengubahan wang haram, yang akan dibicarakan tahun depan.



Tiga orang lain - Yak Yew Chee, Yvonne Seah Yew Foong dan Kelvin Ang Wee Keng - menghadapi tuduhan rasuah, pemalsuan dan gagal melaporkan maklumat mengenai transaksi berkaitan 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >