Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Heng: Dasar pengambilan tenaga asing perlu diuruskan dengan teliti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Heng: Dasar pengambilan tenaga asing perlu diuruskan dengan teliti

Langkah perlu sejajar dengan langkah menggalak firma meningkatkan daya penghasilan
Apr 19, 2018 | 05:30 AM



SEMAKAN dasar tenaga kerja asing mungkin perlu dilaksanakan di masa hadapan tetapi Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menekankan bahawa kemasukan pekerja asing perlu diuruskan dengan teliti bagi menggalak firma di sini untuk terus meningkatkan daya penghasilan mereka.



"Adakah kita perlukan semakan (dasar tenaga asing)? Saya boleh katakan, ya, untuk beberapa tahun mendatang.



"Tetapi, saya tidak mahu memberikan jangkaan yang salah bahawa kita akan buat perubahan tidak lama lagi. Jika ia berlaku, tekanan untuk meningkatkan daya penghasilan akan terhapus. Kita harus kekalkan teras itu,'' jelas Encik Heng, yang juga mempengerusikan Majlis Bagi Ekonomi Masa Hadapan dalam temu ramah dengan media setempat semalam.



Beliau ditanya jika dasar kemasukan pekerja asing perlu difikirkan semula memandangkan demografik Singapura yang berubah disebabkan penduduk semakin menua dan kadar kelahiran yang masih rendah.



Tambahnya, pemerintah perlu terus memberikan isyarat kuat bahawa peningkatkan daya penghasilan dan melabur dalam automasi adalah penting bagi masa hadapan.



Dalam rombakan dijalankan, terdapat syarikat yang memberikan maklum balas bahawa mereka tidak dapat memenuhi keperluan menarik bakat-bakat bagi mengisi bidang teknologi tinggi seperti analitik data dan cerdik buatan (AI).



"Tumpuan kita di tahun-tahun mendatang ialah untuk terus membangunkan keupayaan rakyat Singapura dan pada masa sama, membenarkan aliran masuk tenaga asing yang diuruskan dengan baik bagi melengkapi pekerja setempat yang boleh melengkapi rakyat kita.



"Kita tidak harus membuat perubahan dengan pantas kerana jika saya boleh mendapat pekerja dengan murah, mengapa saya perlu melabur dalam automasi.



"Jika ia berlaku, kita tidak akan belajar mengautomasi dan tidak perlu mengoperasikannya dengan cara yang berbeza,'' katanya.



Selepas mencatatkan pertumbuhan lemah, daya penghasilan Singapura meningkat untuk tumbuh 4.5 peratus tahun lalu didorong sektor-sektor seperti perkilangan dan pemborongan. Pada 2016, daya penghasilan tumbuh 1.4 peratus.



Dalam tahap selanjutnya, beliau berkata Majlis Bagi Ekonomi Masa Hadapan akan terus menjadikan inovasi lebih meluas dalam semua sektor.



Encik Heng berkata rombakan ekonomi merupakan satu usaha berterusan yang tidak ada 'titik akhirnya' kerana negara lain dan teknologi terus berubah.



"Garisan penamat tidak jelas. Ia bukan satu maraton tetapi satu usaha berterusan. Saya harap kita akan lakukannya dengan baik dan dalam proses itu, kita akan menikmati hasil usaha itu,'' tambah Encik Heng.




PEMAHAMAN LEBIH TINGGI MENGENAI ROMBAKAN



"Terdapat pemahaman lebih mendalam mengenai mengapa perlunya untuk kita berubah. Rakan sekerja yang telah mengetuai pelbagai usaha ini. Beliau memberitahu saya apabila mereka memulakan ITM, orang menanyakan mengapa kita perlu berubah? Mengapa anda tidak boleh memberikan saya lebih ramai pekerja asing? Mengapa anda tidak memberikan saya geran. Saya mahu melakukan cara yang lama. Mengapa saya perlu berubah? Mereka sangat sabar untuk menjalankan pelaksanaan ini. Gelombang besar akan berlaku dan kita harus mengubah cara kita melakukan tugas..."



MEMENUHI JURANG BAKAT DALAM TEKNOLOGI TINGGI



"Tumpuan kami dalam tahun-tahun mendatang ialah memupuk rakyat Singapura dalam bidang itu, dan pada masa yang sama mempunyai aliran masuk tenaga kerja asing bagi melengkapi bakat pekerja setempat.



Kita harus mengekalkan langkah untuk menentu ukur perkara itu demi memberikan petanda kukuh bahawa daya penghasilan dan melabur dalam automasi adalah paling penting bagi masa hadapan kita dan kita tidak harus berubah dengan terburu-buru kerana ia perlu dikekalkan. Memberi isyarat harga amat penting dalam perubahan. Jika mereka boleh mendapat pekerja lebih murah, mereka tidak perlu berautomasi.''



- Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >