Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Heng: Saya gembira jika kekal sebagai Menteri Kewangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Heng: Saya gembira jika kekal sebagai Menteri Kewangan

Apr 19, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menyatakan beliau gembira sekiranya dapat mengekalkan jawatannya dalam rombakan kabinet.



"Saya gembira untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Kewangan kerana banyak perkara yang perlu saya lakukan seperti diumumkan dalam Belanjawan dan terdapat keperluan perbelanjaan yang penting untuk dipenuhi.



"Pada masa yang sama, kita ingin memanfaatkan sumber dengan baik untuk mencapai kesan ekonomi dan sosial, serta mengekalkan tahap keselamatan tinggi yang kita harapkan.



"Memperuntukkan belanjawan dalam pelbagai bidang adalah cabaran utama dalam tahun-tahun mendatang dan saya ingin memikirkannya lebih mendalam,'' kata Encik Heng, ketika ditanya bagaimana rombakan kabinet akan menjejasnya.



Beliau menambah bahawa Kementerian Kewangan (MOF) akan kekal sibuk bagi menangani cabaran memperuntukkan sumber fiskal Singapura yang terhad.



Encik Heng merupakan antara tiga menteri generasi keempat (4G) yang dikenalpasti sebagai berada di barisan depan.



Selain beliau, dua yang lain adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing dan Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, yang dikatakan akan memimpin generasi keempat, menurut laporan The Straits Times (ST) sebelum ini.



Rombakan kabinet dijangka diumumkan bulan ini yang dijangka memperlihatkan menteri-menteri generasi keempat diletakkan dalam portfolio baru untuk mempersiapkan mereka dalam peranan kepimpinan lebih besar.



Menteri generasi keempat dijangka diberikan tanggungjawab lebih besar sedang mereka bersiap sedia untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >