Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Hutang minimum sebelum jadi muflis dinaikkan daripada $10,000 kepada $15,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hutang minimum sebelum jadi muflis dinaikkan daripada $10,000 kepada $15,000

Jul 28, 2016 | 05:30 AM



JUMLAH hutang minimum sebelum seorang itu menjadi muflis ialah $15,000 - satu kenaikan berbanding $10,000 ketika ini.



Perubahan itu, yang akan dilaksanakan bermula 1 Ogos ini, merupakan antara perubahan rangka kerja utama yang diperkenalkan dalam Akta Muflis.



Perubahan jumlah hutang itu bertujuan menggalak peminjam dan pemiutang (pemberi pinjaman) melunaskan masalah hutang antara mereka di bawah paras itu tanpa perlu melalui proses muflis.



"Ini akan membantu peminjam mengelak kesulitan dan stigma sosial berkaitan dengan muflis," menurut kenyataan Kementerian Un- dangUndang semalam.



Kementerian itu akan juga mempercepat proses permohonan muflis. Selepas arahan pembayaran dikeluarkan kepada penghutang, pemiutang tidak lagi perlu menunggu tempoh 21 hari sebelum memfailkan permohonan muflis.



Namun, pemiutang harus menunjukkan terdapat 'kemungkinan serius' harta penghutang akan merosot dengan banyak sebelum 21 hari itu berakhir.



Pemiutang institusi seperti bank dan syarikat kewangan yang ditabdir Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan firma besar yang mempunyai penjualan tahunan lebih $100 juta dan lebih 200 pekerja, diperlukan melantik pengamanah awam bagi mentadbir harta individu yang menjadi muflis apabila memohon menjadikan penghutang itu muflis.



Majoriti muflis di Singapura kini ditadbir oleh Pejabat Pemegang Harta.



Dengan perubahan itu, pejabat itu akan menumpukan sumbernya mentadbir kes pemohon individu atau perniagaan kecil.



Rangka kerja baru itu juga akan menyediakan sekitaran dan sistem bersifat lebih menyokong bagi membantu individu muflis keluar daripada kemuflisannya.



Misalnya, individu yang muflis buat kali pertama layak keluar daripada kemuflisan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dan yang muflis lebih sekali pula dapat keluar daripadanya dalam tempoh tujuh hingga sembilan tahun.



Satu pertimbangan utama yang menentukan sama ada individu itu layak keluar daripada kemuflisan ialah sama ada beliau dapat melunaskan matlamat sumbangannya dengan penuh.



Matlamat sumbangan itu ditentukan berdasarkan potensi pendapatan individu muflis itu, jelas Kementerian Undang-Undang.



Rombakan itu dilaksanakan sejajar dengan saranan dalam laporan Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Individu Yang Tidak Mampu Bayar Hutang pada 2013. Akta Muflis (Pindaan) diluluskan di Parlimen pada Julai 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >