HUBUNGAN Singapura dan Kemboja akan menjadi semakin erat dengan ikatan Asean dan perdagangan, ujar Presiden Tony Tan Keng Yam.
Bukan sahaja Asean sama-sama bergerak ke arah penyepaduan, malah Singapura adalah rakan niaga kelapan terbesar Kemboja dan pelabur ketiga terbesar negara itu pada tahun lalu.