Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Indeks harga pengguna S'pura merosot 21 bulan berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Indeks harga pengguna S'pura merosot 21 bulan berturut-turut

Jatuh 0.7 peratus pada bulan lalu
Aug 23, 2016 | 05:12 PM



INDEKS Harga Pengguna (CPI), satu ukuran inflasi, terus mencatat penurunan Julai lalu - kejatuhan selama 21 bulan berturut-turut.



Ini merupakan inflasi negatif paling lama sejak 1977.



Harga pengguna secara keseluruhannya jatuh 0.7 peratus bulan lalu sejak Julai tahun lalu, menurut perangkaan Jabatan Statiks yang didedahkan hari ini.



Kemerosotan ini lebih tinggi sedikit dari ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan penurunan 0.5 peratus dan mencatat paras yang sama seperti Jun lalu.



Inflasi bererti penurunan nilai wang dalam kuasa membeli oleh pengguna.



Kos pengangkutan privet, termasuk kereta, susut 4.4 peratus bagi tahun-ke-tahun. Kos minyak dan bekalan am juga jatuh 8.9 peratus berbanding bulan yang sama setahun lalu.



Namun begitu, harga bagi barangan lain terus meningkat.



Harga makanan meningkat 2.1 peratus pada Julai lalu berbanding bulan yang sama setahun lalu, sedang kos barangan dan perkhidmatan untuk rumah juga meningkat 3.2 peratus.



Inflasi utama, yang tidak mengambil kira perumahan dan pengangkutan swasta dan digunakan untuk menilai perbelanjaan seharian, telah meningkat satu peratus.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjangkakan inflasi utama akan naik perlahan-lahan tahun ini, sebahagiannya disebabkan jangkaan harga minyak akan naik sedikit dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini berbanding enam bulan yang pertama.



Kesan penurunan inflasi hasil daripada langkah-langkah yang diperkenalkan sewaktu pembentangan Belanjawan, dan program-program khas lainnya, akan meredakan inflasi



Langkah-langkah ini termasuk subsidi perubatan di bawah Pakej Generasi Perintis, pengurangan konsesi ke atas levi pembantu rumah warga asing, selain penghapusan yuran bagi peperiksaan nasional yang dilaksanakan Singapura tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >