Indeks niaga sektor swasta S'pura meningkat tinggi hasil pemulihan eksport

SYARIKAT swasta Singapura memberi isyarat peningkatan paling kukuh dalam operasi mereka dalam masa lebih satu setengah tahun pada September, apabila pengeluaran dan perniagaan baru meningkat tinggi.

Perniagaan eksport baru meningkat buat pertama kali sejak Februari, menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Singapura terkini yang dikeluarkan Indeks Nikkei pada Rabu (5 Okt).

Bagaimanapun, syarikat tempatan mengamalkan pendirian agak berhati-hati berkaitan pengambilan kakitangan, dengan menambah jumlah pekerja mereka hanya sedikit pada September.

Ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan paling ketara jumlah tugas belum siap sejak kajian itu dimulakan pada Ogos 2012.

PMI Nikkei meningkat kepada 52.9 pada September daripada 52.3 pada Ogos. Bacaan melebihi 50 menunjukkan pengembangan ekonomi, manakala bawah 50 mata menunjukkan penguncupan.

Pengeluaran sektor swasta terus berkembang pada September, dengan kadar pertumbuhannya paling ketara sejak November 2015.

Bukti anekdot menunjukkan permintaan asas pelanggan yang lebih baik meningkatkan pengeluaran pada September, dengan tugas baru meningkat pada kadar terpantas sejak Jun 2014.

Peningkatan jualan eksport baru itu, walaupun sederhana, adalah yang pertama sejak Februari.

Cik Annabel Fiddes, ahli ekonomi di IHS Markit, yang menyusun indeks itu berkata: "Sektor swasta Singapura mencatat prestasi paling kukuhnya dalam tempoh satu setengah tahun pada September."

Pada Isnin (3 Okt), PMI lebih luas menunjukkan kegiatan pengilangan Singapura pada September berkembang buat kali pertama dalam 15 bulan.

Indeks oleh Institut Pengurusan Pembelian dan Bahan Singapura itu meningkat kepada 50.1 daripada 49.8 pada Ogos.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,219.420 -14.950