Industri insurans sihat tahun lalu

INDUSTRI insurans hayat mencatatkan prestasi baik tahun lalu, dengan premium baru mencapai $2.8 juta, naik 28 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Penjualan produk insurans dengan premium tahunan paling kukuh, mencapai $2.1 bilion bagi 2013, naik 31 peratus berbanding tempoh sama 2012.

Menurut perangkaan Persatuan Insurans Hayat (LIA) semalam penjualan bagi produk insurans dengan premium tunggal juga meningkat 20 peratus kepada $0.7 bilion tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 16 peratus terdiri daripada penjualan insurans menggunakan dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

"Disebalik kemerosotan kecil dalam suku ke empat tahun lalu, kami masih mengekalkan momentum penjualan untuk mengakhiri tahun ini dengan pertumbuhan lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya," kata Dr. Khoo Kah Siang, Presiden LIA, dalam satu sidang akhbar semalam.

"Produk dengan premium tahunan adalah penjana pertumbuhan utama bagi tahun itu, didorong sekitaran pasaran lebih stabil dan sentimen pengguna yang lebih baik,'' ujar beliau lagi.

Secara keseluruhan, jumlah perniagaan premium baru meningkat lima peratus kepada $82.9 bilion bagi 2013.

Perangkaan LIA itu juga menunjukkan premium insurans kesihatan baru meningkat 45 peratus kepada $456 juta berbanding dengan tempoh sama tahun lalu .

Sebahagian besar - 94 peratus - adalah bagi Pelan Gabungan Shield.

Sejajar dengan semakan ke atas manfaat dan kadar premium bagi pelan asas Medishield, pada Mac tahun lalu, para penyedia insurans telah mengubah pelan yang mereka tawarkan.

Pada akhir 31 Disember 2013, sejumlah 2.68 juta orang telah dilindungi dengan premium itu mencapai $1.4 bilion.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.