KEADAAN berjerebu yang berpanjangan terus menjejas perniagaan dan beberapa acara di Singapura apabila pengunjung ke tempat daya tarikan di sini merosot sementara beberapa acara rasmi dibatalkan.
Pada hujung minggu lalu, Indeks Piawai Pencemaran (PSI) 24 jam masih mencapai paras kurang sihat antara 101 dengan 200, sementara PSI tiga jam melebihi 200 petang Sabtu lalu.