Industri pesawat rendah akan terus berkembang

PERTUMBUHAN syarikat penerbangan berkos rendah dan peningkatan pesat hab udara baru akan membentuk masa depan industri penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, semasa merasmikan Sidang Puncak Pemimpin Pameran Udara Singapura pagi ini.

Di Asia, syarikat penerbangan tambang rendah telah berkembang berbanding 10 tahun lalu, menyumbang hampir 20 peratus daripada pasaran hari ini, katanya.

Pertumbuhan ini adalah lebih "luar biasa" di Asia Tenggara, yang mana syarikat penerbangan rendah membentuk lebih separuh daripada penerbangan antara rantau.

Hab udara serantau juga telah berkembang, kata beliau.

Dua trend ini - pertumbuhan pesat pesawat berkos rendah dan hab baru - akan mengubah perniagaan dan model operasi syarikat penerbangan tradisional dan hab udara, kata Encik Lui.

Laporan lanjut di Berita Harian esok.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.