INFLASI utama Singapura mencapai 1.8 peratus bagi bulan lalu berbanding 1.9 peratus pada Ogos.
Perangkaan itu, yang tidak mengambil kira kos pengangkutan swasta dan penginapan, reda disebabkan inflasi runcit lebih rendah, menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).