Interpol terbit notis merah terhadap 3 eksekutif China berkaitan projek Batam

JAKARTA: Polis Indonesia berkata pada Selasa (21 Mac) Interpol telah mengeluarkan notis merah, yang paling dekat dengan waran tangkap antarabangsa, terhadap tiga eksekutif China disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan pembangunan terminal minyak Sinopec bernilai lebih AS$800 juta ($1.12 bilion) di Indonesia.

"Tiga notis merah telah diterbitkan terhadap orang yang dicari itu," kata jurucakap Polis Kebangsaan, Inspektor Jeneral Boy Rafli Amar.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia memfailkan permohonan untuk mendapatkan bantuan Interpol pada 21 Feb dan mengenal pasti eksekutif Sinopec yang dinamakan dalam notis merah itu sebagai Zhang Jun, Feng Zhigang, dan Ye Zhijun.

Jurucakap Sinopec, atau  China Petroleum & Chemical Corporation, enggan mengulas.

Terminal West Point itu disebut-sebut sebagai terbesar di Asia Tenggara dan pada mulanya dijangka beroperasi pada pertengahan 2016, tetapi menghadapi beberapa masalah, termasuk tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pemegang saham Indonesia November lalu.

Projek di zon perdagangan bebas Batam itu 95 peratus milik Sinopec Kantons Holdings, anak syarikat Sinopec.

Sinopec Kantons membeli saham projek itu pada Januari 2012, dengan tujuan membangunkan kemudahan simpanan 2.6 juta tan bernilai lebih AS$800 juta.

Projek itu tertunda beberapa tahun kerana permintaan perlahan bagi ruang tangki.

Satu-satunya aset lain Sinopec di Indonesia ialah saham 18 peratus dalam projek air dalam Chevron, yang dibelinya pada 2010. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,219.420 -14.950