SEBUAH laporan Bank of America Merrill Lynch menjangkakan pemerintah Singapura tidak akan meningkatkan lagi levi pekerja asing disebabkan keadaan ekonomi yang lemah.
Dalam harapan bagi Belanjawan Negara yang akan dibentangkan pada 24 Mac ini, Pakar Ekonomi bank itu, Dr Chua Hak Bin, berkata ekonomi yang lemah mengehadkan ruang fiskal tahun ini.