JAWATANKUASA Ekonomi Masa Depan (CFE) akan mempunyai sebuah kumpulan yang memberikan tumpuan terhadap cara menyokong syarikat kecil dan sederhana (SME), menurut Pengerusi CFE yang juga Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.
Kumpulan di bawah Jawatankuasa Kecil Keupayaan Korporat Hadapan dan Inovasi itu akan diketuai oleh Menteri Negara Kanan (Kewangan), Cik Sim Ann, dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Encik Thomas Chua.