HARGA emas yang naik menyusuli keputusan pungutan suara Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit telah menjejas perniagaan emas di Singapura.
Rata-rata, kedai emas di kawasan Little India yang dikunjungi Berita Harian semalam menyatakan terdapat kelembapan pada perniagaan mereka setelah harga emas naik daripada kira-kira $2 kepada $4 setiap gram berikutan Brexit pada Jumaat lepas.