PEMILIK rumah di Serangoon Ville, estet HUDC yang telah diswastakan, dijangka mendapat purata $2 juta setelah estet di Serangoon North Avenue 1 itu dijual kepada sebuah konsortium yang diketuai Oxley Holdings pada harga $499 juta.
Harga penjualan kolektif itu melebihi $400 juta hingga $430 juta yang dijangka pemilik rumah setelah hartanah tersebut dipasarkan bulan lalu.