Jualan runcit jatuh 8.7 peratus Nov lalu

ATIYYAH MOHD SAID

JUALAN runcit Singapura mencatatkan kemerosotan 8.7 peratus pada November tahun lalu berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Statistik (DOS) semalam.

Kemerosotan itu disebabkan oleh penjualan kereta yang terus lemah, menguncup 41.8 peratus berbanding November 2012.

Tidak termasuk penjualan kereta, bagaimanapun penjualan runcit berkembang 0.4 peratus.

Berbanding dengan Oktober pula, penjualan runcit tumbuh sedikit, 0.1 peratus.

Turut mencatatkan kemerosotan dua angka ialah penjualan peralatan telekomunikasi dan komputer, yang menjunam 11.7 peratus pada November lalu berbanding tempoh sama pada 2012.kk

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.