BILANGAN ejen hartanah baru yang menyertai industri itu merosot 27 peratus tahun lalu mencapai 3,336 ejen.
Ini berbanding 4,567 pada 2012, menurut Majlis Agensi Hartanah (CEA).
Kemerosotan itu memang dijangkakan setelah pemerintah memperkenalkan banyak langkah bagi membendung kenaikan harga hartanah perumahan di sini.
Tahun lalu, CEA memberikan lesen kepada 1,492 syarikat ejen hartanah tetapi 88 atau 5.9 peratus tidak meneruskan operasi mereka tahun ini.
Di kalangan 31,040 ejen hartanah yang diberi lesen tahun lalu, 3,382 atau 10.9 peratus tidak meneruskan kerjaya itu tahun ini.