Jumlah pelancong rekod tertinggi tahun lalu

ATIYYAH MOHD SAID

SINGAPURA kekal sebagai sebuah destinasi menarik dengan jumlah pelancong ke sini mencapai rekod tertinggi tahun lalu, 15.5 juta, melonjak 7.2 peratus berbanding 2012.

Walaupun nilai perbelanjaan pelancong di negara ini turut mencatatkan rekod tertinggi, naik 1.6 peratus kepada $23.5 bilion, tetapi ini merupakan kadar pertumbuhan paling perlahan sejak 2009, menurut ramalan awal Lembaga Pelancongan Singapura (STB) semalam.

Ini disebabkan ramai pelancong perniagaan mengurangkan perbelanjaan ekoran bajet korporat lebih ketat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu, dedah Ketua Eksekutif STB, Encik Lionel Yeo semalam.

Lantaran itu, untuk 2014 beliau berharap keadaan itu akan berubah serta menjangkakan permintaan pelancong yang lebih tinggi.

Encik Yeo yang bercakap dalam satu sidang media semalam, bagaimanapun tidak memberikan sebarang ramalan untuk tahun ini dan dijangka mendedahkannya nanti.

Menurut perangkaan awal STB, sehingga September tahun lalu, sebahagian besar pelancong adalah dari Indonesia dengan seramai 2.3 juta pelancong dan disusuli dengan China dan Malaysia, masing-masing mencapai 1.9 juta dan 910,000.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.