Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Jurang pendapatan di Singapura tahun lalu paling kecil dalam 10 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jurang pendapatan di Singapura tahun lalu paling kecil dalam 10 tahun

Feb 16, 2017 | 02:28 PM



JURANG pendapatan di Singapura tahun lalu paling kecil dalam tempoh sedekad, menurut statistik yang dikeluarkan Pemerintah pada Khamis (16 Feb).



Koefisien Gini, yang mengukur ketidaksamaan pendapatan dan memberi markah rendah bagi masyarakat lebih sama rata, turun daripada 0.463 pada 2015 kepada 0.458 pada 2016.



Ia markah paling rendah Singapura dalam 10 tahun.



Pada masa sama, pendapatan bulanan median bagi isi rumah bekerja meningkat daripada $8,666 pada 2015 kepada $8,846 pada 2016, menurut tinjauan tahunan Trend Pendapatan Isi Rumah Jabatan Statistik.



Ia peningkatan 2.1 peratus dari segi nilai nominal, atau peningkatan 2.6 peratus dari segi nilai sebenar, iaitu apabila inflasi diambil kira.



Tetapi ia kurang daripada peningkatan sebenar 4.9 peratus yang dicatat pada 2015.



Isi rumah daripada semua kumpulan pendapatan mendapat pendapatan lebih banyak bagi setiap ahli isi rumah tahun lalu, tetapi pada kadar lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya.



Pada 2016, pendapatan purata daripada pekerjaan setiap ahli isi rumah naik dari segi nilai sebenar antara 0.2 peratus dan 4.3 peratus, bergantung pada kumpulan pendapatan.



Ini lebih rendah daripada julat 5.7 peratus hingga 10.7 peratus pada 2015, dan selaras dengan pertumbuhan gaji lebih perlahan pada 2016 yang diumum Kementerian Tenaga Manusia baru-baru ini.



Tinjauan itu juga menunjukkan isi rumah yang tinggal di flat satu bilik dan dua bilik HDB menerima lebih banyak pindahan Pemerintah l daripada yang tinggal di flat lebih besar atau hartanah berhalaman.



Secara purata, isi rumah yang tinggal di flat satu bilik dan dua bilik HDB menerima $9,806 bagi setiap ahli isi rumah daripada pelbagai skim pemerintah pada 2016.



Jumlah itu hampir dua kali ganda purata $4,186 yang diterima setiap ahli isi rumah di semua jenis perumahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >