Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Kadar pengangguran stabil dalam Q3 tapi guna tenaga penuh berkurangan: MOM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar pengangguran stabil dalam Q3 tapi guna tenaga penuh berkurangan: MOM

Oct 27, 2016 | 12:24 PM



KADAR pengangguran di Singapura kekal stabil sepanjang suku ketiga tahun ini, tetapi guna tenaga penuh berkurangan buat kali kedua sejak krisis kewangan global 2009.

Bilangan orang yang bekerja di sini berkurangan 3,300 antara Jun dan September lalu, menjadikan jumlah guna tenaga di Singapura 3,670.200, menurut data awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (27 Okt).

Ini hanya 0.8 peratus lebih tinggi daripada setahun lalu sedang pertumbuhan tenaga kerja perlahan sepanjang tahun lalu.

Perkilangan terus mengurangkan pekerja bagi lapan suku berturut-turut, manakala sektor binaan juga mengurangkan pekerjaan di tengah-tengah projek sektor swasta semakin kurang.

Pemegang permit kerja paling terjejas dalam kedua-dua kes, kata kementerian itu. Ini terutamanya disebabkan pengecutan dalam sektor binaan dan perkilangan, yang menjejas terutamanya pemegang permit kerja.

Kadar pengangguran keseluruhan kekal tidak berubah pada 2.1 peratus pada akhir suku ketiga.

Kadar pengganguran rakyat Singapura berkurangan sedikit kepada 3 peratus pada September, turun daripada 3.1 peratus pada Jun, manakala bagi gabungan warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, ia berkurangan sedikit kepada 2.9 peratus, daripada 3 peratus.

Pemberhentian - termasuk pemberhentian pekerja dan pembatalan kontrak - berkurangan sedikit pada suku ketiga kepada 4,100, daripada 4,800 pada suku sebelumnya.

Tetapi dengan "keadaan ekonomi global lemah dan penyusunan semula ekonomi dalaman", lebih ramai pekerja terjejas daripada 3,460 yang kehilangan pekerjaan tahun lalu, kata MOM.

Sektor binaan menyaksikan lebih banyak pemberhentian, daripada 350 pada suku kedua kepada 600 sepanjang suku ketiga, manakala sektor perkilangan dan perkhidmatan mencatatkan penurunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >