DI tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin lemah, pengangguran dalam kalangan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) meningkat pada suku kedua tahun ini.
Menurut anggaran perangkaan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, pengangguran di sini meningkat dari Mac hingga Jun lalu, sementara pekerjaan meningkat dengan perlahan dalam tempoh tersebut.