KADAR sewa flat HDB turun sedikit, sebanyak 0.1 peratus, bulan lalu berbanding Oktober, menurut perangkaan awal gerbang elektronik bagi maklumat hartanah, Singapore Real Estate Exchange (SRX).
Namun, ia jatuh lebih banyak, 2.2 peratus, jika dibandingkan dengan November tahun lalu.