Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kajian AIA: Ramai suami isteri selalu 'gaduh' dalam urusan kewangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kajian AIA: Ramai suami isteri selalu 'gaduh' dalam urusan kewangan

Mar 24, 2016 | 11:42 AM



TIGA keprihatinan utama warga Singapura adalah kos kehidupan dan penjagaan kesihatan yang meningkat serta tekanan kewangan menjaga ibu bapa yang sudah tua.



Demikian hasil dapatan satu tinjauan yang dijalankan oleh firma insurans AIA.



Dalam laporannya mengenai cabaran dan keutamaan kewangan yang dihadapi rakyat Singapura, sekitar 85 peratus responden menyatakan kenaikan kos kehidupan merupakan satu keprihatinan.



Sekitar 63 peratus pula prihatin tentang kenaikan kos penjagaan kesihatan manakala 57 peratus prihatin tentang tekanan kewangan menjaga ibu bapa yang sudah tua.



Kajian bebas yang dijalankan untuk AIA Singapore itu melibatkan saiz sampel seramai 524 rakyat Singapura berusia antara 25-45 tahun dengan pendapatan tahunan antara $60,000 dengan $600,000.



Kajian yang dijalankan dalam suku pertama tahun ini juga menunjukkan pasangan yang sudah berumahtangga tidak sepakat dalam pengurusan kewangan mereka.



Misalnya, seramai sembilan dalam 10 individu yang sudah berkahwin tidak bersetuju dengan pasangan mereka lebih 50 peratus kali atau lebih mengenai isu ini.



Tiga isu utama pasangan bertegang urat ialah selalunya berkaitan perbelanjaan percutian, pembelian barangan berharga seperti kereta dan peruntukan pelaburan dan simpanan.



Kajian itu juga menunjukkan golongan lelaki lebih suka melabur manakala kaum wanita lebih gemar menabung untuk masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >