KELUARAN pengilangan di Singapura menguncup ke paras lebih rendah daripada jangkaan bulan lalu, mencetuskan kemungkinan berlakunya kemelesetan teknikal di Singapura pada suku ketiga tahun ini.
Perangkaan terbaru Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menunjukkan keluaran pengilangan susut 7 peratus bagi Ogos, lebih rendah berbanding jangkaan purata -5.3 peratus oleh para pengamat.