Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kenaikan gaji 2016 perlahan dek sekitaran ekonomi lemah: MOM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kenaikan gaji 2016 perlahan dek sekitaran ekonomi lemah: MOM

Nov 30, 2016 | 12:06 PM



GAJI naik lebih perlahan tahun ini (2016) di tengah-tengah sekitaran ekonomi lemah, menurut data awal terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Pendapatan median bagi penduduk yang bekerja sepenuh masa meningkat 2.7 peratus dalam tempoh setahun kepada $4,056 pada Jun lalu, termasuk sumbangan majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Pendapatan sebenar berkembang 3.2 peratus, lebih rendah daripada 5.3 peratus yang dicatat pada Jun 2015, selepas pelarasan bagi inflasi negatif, menurut anggaran MOM yang dikeluarkan pada Rabu (30 Nov).



Pekerja dalam kumpulan pendapatan 20 peratus paling bawah menyaksikan gaji mereka naik tetapi pada kadar lebih perlahan daripada pekerja dalam kumpulan sederhana sepanjang lima tahun lalu.



Pendapatan kumpulan peratusan ke-20 itu meningkat pada kadar purata 2.6 peratus setahun dari 2011 hingga 2016, manakala pendapatan pekerja dalam kumpulan sederhana meningkat 3.1 peratus setiap tahun, selepas mengambil kira inflasi.



Sementara itu, kadar penyertaan tenaga buruh susut sedikit kepada 68 peratus tahun ini, daripada 68.3 peratus. Ini selepas 2015 menyaksikan peningkatan mendadak peratusan penduduk dalam tenaga buruh.



Kadar pekerjaan bagi penduduk berumur 25 hingga 64 tahun juga berkurangan sedikit, daripada 80.5 peratus tahun lepas kepada 80.3 peratus tahun ini, dengan pertumbuhan kadar pekerjaan wanita mengimbangi kejatuhan dalam kadar lelaki.



"Bagaimanapun, tidak ada bukti bekerja sambilan tanpa kerelaan semakin tinggi," kata MOM.



Insiden orang memilih kekal tidak bekerja kerana berasa usaha mencari pekerjaan tidak akan berhasil terus rendah, dan kadar pengangguran berkaitan masa - peratusan penduduk bekerja yang bekerja sambilan walaupun mahu bekerja lebih masa - berkurangan tahun ini berbanding tahun lalu.



Jawatan kosong yang berkurangan juga membuat kadar pengangguran penduduk naik kepada 3 peratus pada Jun lalu, daripada 2.8 peratus setahun lalu.



Pekerja terus mempunyai pendidikan lebih baik. Peratusan tenaga kerja pemastautin yang mempunyai diploma atau kelayakan lebih tinggi meningkat kepada 53.1 peratus tahun ini, daripada 51.5 peratus tahun lalu.



Jumlah yang mempunyai ijazah meningkat kepada 33.7 peratus, daripada 32.2 peratus.



Sebanyak 55.1 peratus penduduk bekerja adalah karyawan, pengurus, eksekutif atau teknisyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >