TIDAK terdapat percanggahan mengenai komen Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong Ahad lalu mengenai rancangan kenaikan cukai dengan apa yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri Encik Tharman Shanmugaratnam pada 2015 mengenai kecukupan pendapatan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), MOF membuat kenyataan itu berhubung kritikan di Internet bahawa pemerintah membuat pusingan-U berhubung dengan kenaikan cukai.