Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Keppel akui bekas ejennya beri rasuah untuk dapatkan kontrak Petrobas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel akui bekas ejennya beri rasuah untuk dapatkan kontrak Petrobas

Oct 04, 2016 | 10:01 AM



SAHAM dua pembina pelantar terbesar Singapura jatuh pada pagi Isnin (3 Okt) selepas Keppel Corp berkata seorang bekas ejennya mungkin memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak daripada gergasi minyak Brazil, Petrobras, dan pembekal pelantar minyaknya, Sete Brasil.



Petrobas kini terperangkap dalam siasatan rasuah besar-besaran.



Saham Keppel jatuh 2.8 peratus sebelum ditutup pada $5.30, turun 1.7 peratus. Sembcorp Marine susut 3.4 peratus sebelum berakhir pada $1.28, turun 1.9 peratus.



Keppel, yang telah lama mengekalkan toleransi sifar terhadap kegiatan haram, memberitahu Bursa Singapura pada Isnin, selepas siasatan dalaman lanjut, ia mengakui bahawa transaksi tertentu berkaitan bekas ejennya, Zwi Skornicki, mungkin "mencurigakan".



Rasuah itu didakwa diberi berkaitan kontrak antara beberapa entiti Keppel dengan Petrobras dan Sete Brasil.



Syarikat itu berkata ia telah memberitahu pihak berkuasa di Brazil mengenai niatnya untuk bekerjasama. Ketika ditanya mengapa ia membuat kenyataan tersebut, konglomerat itu berkata ia tidak dapat mengulas lanjut memandangkan siasatan sedang dijalankan.



Pusingan U ini dibuat sebulan selepas Keppel menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa pengurusan kanannya membenarkan Encik Skornicki membayar rasuah bagi pihaknya.



Pada 2014, seorang bekas eksekutif Petrobras memberi keterangan kepada pihak berkuasa Brazil bahawa Encik Skornicki dan ejen Sembcorp Marine membayar lebih AS$9.5 juta ($13 juta) kepada Petrobras, Sete Brasil dan Parti Pekerja Brazil untuk mendapatkan kontrak membina pelantar.



Sete Brasil, yang muflis selepas skim rasuah itu terbongkar, pelanggan terbesar Keppel dan SembMarine. Sete Brasil menyumbang lebih 40 peratus daripada tempahan bersih Keppel yang sebanyak $8.2 bilion, dan kira-kira satu pertiga daripada pesanan SembMarine yang sebanyak $9.2 bilion, menurut UOB Kay Hian.



Sesetengah penganalisis berkata saham dua syarikat itu menghadapi tekanan jualan kerana kontrak mereka boleh dikaji semula oleh kerajaan baru Brazil di bawah Presiden Michel Temer, yang telah berikrar akan melumpuhkan rasuah.



Sembarang penalti, yang boleh berjumlah berjuta-juta dolar, boleh menjejas lagi keuntungan Keppel, kata para penganalisis.



Sementara itu, Keppel dan SembMarine juga terlibat dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di Amerika Syarikat oleh beberapa dana pelaburan Amerika yang menuduh Petrobras menyembunyikan skim sogokan, kerana ia mendorong mereka melabur lebih AS$221 juta dalam Sete Brasil.



Pelaburan mereka hangus apabila Sete Brasil bankrap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >