PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan saling bekerjasama bagi membangunkan satu laluan perniagaan mikro.
Laluan ini bertujuan melengkapkan pemilik perniagaan mikro yang mempunyai aspirasi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan mereka menubuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka dalam masa-masa sukar ini.