GOPENG: Kerjasama strategik Proton Holdings Berhad (Proton) dengan syarikat asing akan membantu dalam meluaskan perniagaan dan jenama ke peringkat antarabangsa, termasuk pasaran Asean.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata langkah itu berupaya mengukuhkan kedudukan syarikat automatif negara itu, sekali gus memulihkan keyakinan rakyat terhadap Proton.