Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Kes 1MDB: MAS denda 2 bank $5.2j dan $2.4j kerana langgar peraturan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kes 1MDB: MAS denda 2 bank $5.2j dan $2.4j kerana langgar peraturan

Dec 02, 2016 | 10:28 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengenakan penalti kewangan $5.2 juta dan $2.4 juta ke atas cawangan tempatan bank Standard Chartered dan Coutts & Co, kerana melanggar peraturan pencegahan pengubahan wang (AML).



Pelanggaran itu berlaku dalam konteks aliran dana berkaitan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia 1MDB melalui bank-bank itu, kata MAS dalam satu kenyataan pada Jumaat.



MAS juga telah menyampaikan notis mengenai rancangan mengeluarkan perintah larangan terhadap bekas pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner, kerana membuat kenyataan palsu bagi pihak bank itu.



Encik Leissner mempunyai tanggungjawab keseluruhan dalam urusan berhubung 1MDB apabila Goldman Sachs diupah oleh 1MDB untuk mengaturkan tiga bon terbitan dari 2012 hingga 2013.



Dalam kenyataanya, MAS berkata ia telah menyelesaikan pemeriksaan ke atas Stanchart berhubung aliran dana berkaitan 1MDB dari 2010 hingga 2013, dan "pemeriksaan itu mendedahkan kecuaian ketara" yang mengakibatkan pelanggaran peraturan antipengubahan wang haram MAS.



Bagaimanapun, MAS tidak mendapati salah laku yang disengajakan pada pihak bank itu, mahupun kelemahan kawalan meluas.



MAS telah mengarahkan pengurusan StanChart mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang gagal melaksana tugas mereka, dan mengarahkan bank itu melantik pihak bebas bagi mengesahkan langkah-langkah pembetulan telah dilaksana dan melaporkan dapatannya kepada MAS.



Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Standard Chartered berkata ia terus mengambil tindakan pembetulan dan disiplin yang diperlukan.



Pelanggaran Coutts ialah berkaitan langkah berhati-hati wajar berkaitan pelanggan bagi orang terdedah politik (PEP), ujar MAS, sambil menambah terdapat kegagalan menjalankan langkah berhati-hati wajar ke atas akaun pelanggan PEP yang ditubuhkan antara 2003 dan 2009.



"Kegagalan tersebut akibat tindakan atau ketinggalan pegawai tertentu yang telah meninggalkan bank itu. Pegawai tersebut termasuk Encik Yak Chee Yew dan Cik Yvonne Seah, yang telah meninggalkan Coutts untuk menyertai BSI Bank Limited pada akhir 2009," katanya.



MAS yang menyampaikan notis terhadap Encik Leissner yang akan melarang beliau selama 10 tahun daripada melaksana sembarang kegiatan yang dikawal selia di bawah Akta Sekuriti Hadapan, atau mengambil bahagian, secara langsung atau tidak, dalam pengurusan sembarang perkhidmatan pasaran modal di Singapura.



Encik Leissner didapati mengeluarkan surat rujukan tanpa kelulusan kepada sebuah institusi kewangan berpangkalan di Luxembourg pada Jun 2015, dengan menggunakan kepala surat Goldman, yang menyatakan bank itu telah melaksana langkah berhati-hati wajar ke atas Encik Low Taek Jho dan keluarganya, dan tidak mengesan sembarang kebimbangan mengenai pengubahan wang haram melibatkan Encik Low atau keluarganya.



"Kenyataan itu tidak benar dan dibuat oleh Encik Leissner tanpa pengetahuan atau persetujuan Goldman Sachs," kata MAS.



Encik Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dikenal pasti sebagai orang terlibat dalam siasatan berkaitan 1MDB.



Goldman berkata ia telah mengambil langkah-langkah apabila pelanggaran tersebut dikesan pada Januari dan melaporkannya itu kepada pihak berkuasa di beberapa bidang kuasa, termasuk Singapura.



"Kami terus bekerjasama dengan MAS," katanya.



MAS berkata ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia asing dalam meneliti peranan Goldman Sachs dalam urus niaga bon 1MDB itu



"MAS telah mengambil tindakan kawal selia tegas terhadap pelbagai institusi kewangan tahun ini bagi kecuaian kawalan AML. Tindakan ini menghantar isyarat jelas bahawa kami tidak akan bertolak ansur akan penyalahgunaan sistem kewangan Singapura untuk tujuan haram," kata Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon.



"MAS hampir menyelesaikan peperiksaan penyeliaannya terhadap institusi kewangan di Singapura yang dilalui aliran dana berkaitan 1MDB, dan akan memberi kemas kini terakhir pada awal 2017," tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >