Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Kes 1MDB: Switzerland denda bank berkaitan pengubahan wang haram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kes 1MDB: Switzerland denda bank berkaitan pengubahan wang haram

Feb 03, 2017 | 08:40 AM



GENEVA: Pengawal selia kewangan Switzerland telah mendenda bank Coutts & Co kerana melanggar peraturan pengubahan wang haram dan keuntungan haram daripada transaksi berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Tindakan itu menyebabkan pendakwa Switzerland mengkaji semula keputusannya untuk melihat apakah bank itu perlu menghadapi siasatan jenayah.



Coutts, yang dimiliki oleh Royal Bank of Scotland Group, membenarkan AS$2.4 bilion dalam bentuk aset berkaitan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu mengalir melalui akaun di Switzerland, walaupun ia ada alasan baik untuk mencurigai urus niaga itu, kata Penguasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), lapor Bloomberg.



Finma mengarahkan bank itu membayar balik 6.5 juta franc Swiss ($9.25) keuntungan haram daripada urus niaga itu, dengan berkata Coutts "dengan serius melanggar peraturan pengubahan wang haram dek gagal menjalankan pemeriksaan latar belakang mencukupi ke dalam hubungan perniagaan dan urus niaga" yang dikaitkan dengan 1MDB.



Bank itu juga mengabaikan amaran dalaman daripada beberapa pekerja, kata Finma.



Disember lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda $2.4 juta ke atas Coutts kerana melanggar undang-undang antipengubahan wang haram (AML) di cawangannya di Singapura.



Finma berkata ia juga sedang menimbangkan prosiding penguatkuasaan terhadap pekerja Coutts yang bertanggungjawab bagi tindakan bank itu.



Seorang ahli perniagaan muda Malaysia membuka akaun pada musim panas 2009 dengan jangkaan AS$10 juta dipindahkan ke akaun itu daripada aset keluarganya.



Sebaliknya, kira-kira AS$700 juta dipindahkan ke akaun tersebut lewat tahun itu daripada 1MDB.



Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata pada Khamis (2 Feb) ia telah meminta Finma satu salinan keputusan penguatkuasaan itu untuk membantu menilai apakah tingkah laku Coutts memenuhi ujian bagi liabiliti jenayah korporat.



Finma berkata ia juga telah memberitahu Penguasa Perlakuan Kewangan UK mengenai kes itu.



Coutts & Co bukan bank Switzerland pertama dikenakan tindakan berkaitan urusan 1MDB.



Dua lagi bank negara itu, Falcon Private Bank dan BSI, diarah menutup unit perbankan mereka di Singapura sebagai hukuman kerana memudahkan bayaran haram, dan BSI didenda 95 juta Swiss francs tahun lepas kerana mengabaikan isyarat amaran jelas, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finma, Encik Mark Branson.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >