WASHINGTON: Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa pemimpin global mengambil tindakan "tegas" bagi memulihkan ekonomi dunia, menjelang sidang puncak negara-negara Kumpulan 20 (G-20), esok.
Pengarah Urusan IMF, Cik Christine Lagarde, berkata, sehingga tahun ini, pertumbuhan ekonomi sejagat tumbuh lesu selama lima tahun di bawah purata 3.7 peratus, sebagaimana pertumbuhan yang pernah dicapai antara 1990 dengan 2007.