ENCIK Michael Zink, antara ketua negara Citibank di Singapura paling lama berkhidmat, telah bersara, menurut kenyataan Citibank semalam.
Encik Zink yang berkhidmat dengan bank itu selama lebih 28 tahun juga adalah ketua perniagaan Citi di Asean yang dilantik pada 2012. Beliau dilantik sebagai ketua negara Citibank di Singapura pada 2010.