Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kian ramai pelancong lawat Jepun kerana makanan halal

Jul 12, 2016 | 05:30 AM



RAMAI dalam kalangan masyarakat Muslim Singapura yang telah dan bercadang pergi melancong ke Jepun pada tahun ini.



Demikian menurut pengamatan beberapa karyawan pelancongan mengenai trend pelancongan ke Jepun.



Ada di antara mereka yang melawat negeri tersebut kerana ingin menikmati cuaca dan pemandangannya, ada yang ingin melihat sendiri budaya J-pop, namun ramai juga yang pergi ke sana kerana mahu menikmati pelbagai hidangan tradisional Jepun yang halal.



"Kami melihat terdapat peningkatan dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura yang memilih ke Jepun dari tahun lepas ke tahun ini.



"Kini, lawatan ke Jepun tidak menjadi satu masalah kerana terdapat banyak restoran Jepun yang halal di tempat tarikan pelancong.



"Malah, salah satu faktor ramai pelancong Muslim ke sana adalah kerana makanan halal yang semakin banyak disebabkan pemasaran makanan halal Jepun yang makin berkembang," kata Penolong Pengurus Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Cik Sumini Mocheny.



Menurutnya, walaupun restoran halal yang terdapat di Jepun tidak besar jikalau dibandingkan dengan restoran yang tidak halal, terdapat perubahan yang ketara daripada aspek jumlah bilangan restoran Jepun halal di negeri tersebut.



"Ada yang ke Jepun bersendirian dan tidak mengikut pakej pelancongan kerana kemudahan makanan halal yang senang didapatkan.



"Contohnya kini terdapat laman dan aplikasi 'Halal Media Japan' yang membantu pelancong mendapatkan maklumat makanan halal bergantung pada lokasi mereka sewaktu di Jepun," ujarnya.



Cik Nur Dini Sarifudin, yang baru sahaja pulang dari Jepun, berkata tidak susah bagi beliau mendapatkan makanan halal kerana terdapat banyak juga tempat makanan halal Jepun pada hari ini.



"Lokasi makanan halal Jepun tidak sukar dicari dan sesetengah restoran Jepun turut mendapat sijil halal dari pihak berkuasa Malaysia," katanya yang pergi ke sana bersama temannya.



Menurut Ketua bagi Komunikasi Pemasaran Chan Brothers Travel, Cik Jane Chang, pihak agensi pelancongannya juga telah membuat perubahan dan telah memberi perhatian terperinci berkenaan pertumbuhan agak besar pelawat Muslim ke negara bukan Islam, khususnya Jepun.



"Dari tahun ke tahun, kami dapat melihat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam kalangan masyarakat Muslim Singapura yang melawat pelbagai destinasi yang berbeza seperti Jepun, Beijing, Shanghai, dan Hongkong.



"Dari pihak kami, perancangan bagi lawatan Muslim ini memerlukan perhatian pada butiran terperinci seperti perancangan makanan halal, pemilihan tempat tarikan yang bersesuaian, dan waktu solat yang perlu ditepati.



"Di antara langkah yang kami telah ambil apabila mereka melawat restoran Jepun termasuklah memastikan makanan di restoran halal Jepun yang menggunakan perasa seperti sos soya tidak mengandungi alkohol yang lazimnya digunakan dalam masakan mereka," ujarnya.




"Kini, lawatan ke Jepun tidak menjadi satu masalah kerana terdapat banyak restoran Jepun yang halal di tempat tarikan pelancong. Malah, salah satu faktor ramai pelancong Muslim ke sana adalah kerana makanan halal yang semakin banyak disebabkan pemasaran makanan halal Jepun yang makin berkembang."
- Penolong Pengurus Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Cik Sumini Mocheny.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >