KUMPULAN perbankan Royal Bank of Scotland (RBS), yang berpusat di Edinburg, ibu kota Scotland, akan menghentikan operasi perbankan korporatnya di Asia dan menjual perniagaan itu, lapor Bloomberg, yang menukil sumber yang mengetahui hal tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RBS, Encik Ross McEwan, akan mengadakan beberapa mesyuarat di Singapura bagi membincangkan rancangan mengecilkan operasinya di Asia.