Laba Reit Sabana susut

NORHAIZA HASHIM

KEUNTUNGAN bersih Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) Perindustrian Berlandaskan Syariah Sabana susut 2.2 peratus mencapai $49.5 juta bagi tahun kewangan 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Namun, pendapatan hartanah bersih (NPI) pula meningkat 4.4 peratus mencapai $80.4 juta.

Reit Sabana, satu-satunya reit berlandaskan Syariah disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), menyatakan unit bagi pengedaran (DPU) atau dividen yang diberikan kepada para pemegang unit Reit meningkat 1.1 peratus mencapai 9.38 sen.

Kadar dividen meningkat kepada 8.73 peratus tahun lalu, berbanding 8.63 peratus tahun sebelumnya.

Tetapi, pada suku keempat tahun lalu, DPU susut 9.1 peratus mencapai 2.19 sen setelah pendapatan bagi pengedaran susut 2 peratus kepada $15.1 juta.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.