Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Laluan pahit Micromart di Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laluan pahit Micromart di Indonesia

May 15, 2016 | 05:30 AM



SELEPAS pesat membuka 30 cawangan pasar mini dengan pelaburan $300,000 tahun lalu, seorang peniaga Singapura bukan sahaja menanggung kerugian besar bahkan stoknya dicuri, sistem operasinya ditiru dan beliau sendiri terpaksa 'bergelut' dengan 'preman'.



Encik Mohamad Farid Mohd Noor merupakan antara usahawan Singapura yang berani meneroka perniagaan di luar negara dengan melabur dalam sektor runcit Indonesia.



Namun, selepas membuka sehingga 30 rangkaian pasar mini berjenama Micromart di Jawa Tengah sejak awal 2014 bersama seorang rakan kongsi Indonesia, Encik Farid mula menghadapi beberapa 'kegenjotan' dan 'kejutan'.



Akibatnya, penjualannya merosot 50 peratus hingga beliau kini terpaksa menutup hampir kesemua rangkaian runcitnya itu.



Kelembapan ekonomi antara punca kemerosotan tetapi faktor-faktor seperti sistem operasi kurang berkesan, budaya kerja yang asing dan sifat pekerja kurang amanah juga memainkan peranan.



Encik Farid, 40 tahun, juga mengaku kesilapan dan salah perkiraannya turut menyumbang kepada kegagalan tersebut.



Beliau mengongsi pengalaman jatuh bangunnya berniaga di luar negara kepada Berita Minggu dengan harapan ia boleh dijadikan iktibar kepada yang lain.



Menurutnya, beliau terjerat dengan kesilapan kerana kurang persiapan memahami dinamik sekitaran dan budaya asing.



Pendek kata, berdagang di rantauan tidak semudah dan seindah dijangka kerana peniaga perlu melalui pelbagai liku cabaran dan risiko sebelum boleh mengecapi kejayaan.



Encik Farid berkata, antara kesilapannya ialah memperkenal sistem operasi dan teknologi maklumat (IT) yang belum bersedia dilaksanakan.



Beliau melabur hampir $10,000 dalam sistem itu tetapi ia tidak dapat memberikan data penjualan dan inventori yang tepat hingga melembapkan operasi.



Mengambil pasukan pekerja daripada pesaingnya juga satu kesilapan yang membawa padah.



Kakitangan ini bukan sahaja membawa budaya dan falsafah bekerja berlainan, malah menggunakan 'pembekal' mereka yang mengenakan harga separuh lebih tinggi daripada yang lain.



"Apabila anda bawa masuk kakitangan utama, mereka juga akan bawa pasukannya. Ketika itu saya terlalu percayakan pekerja saya," ujarnya, yang operasinya sebelum ini berpusat di Semarang, Jawa Tengah.



Pekerja tersebut tidak lama kemudian meninggalkan Micromart dan meniru segala sistem operasinya untuk membuka pasar mininya sendiri.



Seorang lagi pekerja pula menjual barangan Micromart tanpa pengetahuan Encik Farid dengan hasil penjualan digunakan bagi keperluan peribadi.



Encik Farid berkata pekerja itu beliau taja untuk melanjutkan pelajaran hingga ke universiti tetapi "susu yang diberi, tuba pula dibalas''.



"Pekerja yang saya percaya ini curi barang dan menjualnya. Kenapa? Kerana nak kahwin, duit tak ada. Saya terkejut," tambahnya.



Gudang Encik Farid juga dipecah masuk dan stoknya dicuri.



Namun, beliau percaya perbuatan itu dilakukan 'orang dalam' kerana pencuri tahu mana stok sensitifnya.



"Inventori saya bernilai $200,000 dalam satu-satu masa. Saya rugi $50,000," keluh beliau.



Encik Farid turut 'pusing' apabila terpaksa berdepan dengan 'preman' atau samseng.



Memberi contoh, katanya, beliau ingin menggantung papan tanda di pasar mininya tetapi sekumpulan samseng datang mengacukan pisau ke arahnya sambil berkata "serahkan duit, kalau tidak saya tidak benarkan anda gantung''.



Namun, kesilapan dan kegagalan itu tidak membuatkan Encik Farid patah semangat. Sebaliknya beliau membulatkan tekad menebus kesalahan dan memperbetul keadaan.



Pengalaman itu dijadikannya pengajaran meneruskan perniagaan di Indonesia.



Katanya, selain dana yang kukuh, peniaga di rantauan juga perlu memberi masa agar perniagaan diperkukuh dahulu sebelum mengorak langkah untuk meluaskan niaga. Tetapi beliau berkembang terlalu cepat.



Encik Farid kini menjalankan pula usaha sama dengan Nahdlatul Ulama (NU) dalam usahanya untuk mengekalkan operasi dan jenama Micromartnya di Indonesia, dengan pelancarannya dimulakan di Jawa Barat.



"Sebagai syarikat permulaan, sudah tentu anda berkembang.



"Yang penting anda menyesuaikan diri dan berubah. Syarikat kecil seperti saya dengan sumber kecil, anda tidak mampu melakukan banyak kesilapan. Membuat kesilapan boleh merosakkan dan menyakitkan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >