LEBIH 1,700 pelanggan yang terjejas oleh penutupan rangkaian gimnasium California Fitness telah menandatangani satu petisyen bagi mendapatkan semula yuran keanggotaan mereka, manakala ada pula yang menimbangkan tindakan undang-undang.
Satu kenyataan media oleh penyelesai sementara (provisional liquidators) daripada firma Ferrier Hodgson telah mengumumkan semua cawangan California Fitness, termasuk di Novena dan Bugis, ditutup dengan serta-merta kelmarin, kerana pemiliknya, JV Fitness, tidak memiliki kewangan untuk terus beroperasi.