Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Lebih 5,000 pekerjaan maritim bakal diwujud jelang 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih 5,000 pekerjaan maritim bakal diwujud jelang 2025

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 5,000 pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2025, termasuk pekerjaan tradisional yang direka semula, di bawah Rancangan Perubahan Industri (ITM) bagi Pengangkutan Laut.



ITM itu juga bermatlamat mengembangkan nilai tambahan dalam sektor itu sebanyak $4.5 bilion.



Antara usaha baru yang dijangkakan termasuk program percepat penubuhan (accelerator) teknologi maritim melibatkan 'start-up' bagi mencari inovasi baru serta pelbagai program pembangunan modal insan bagi persiap pekerja bagi masa depan.



Industri maritim yang menyumbang kepada 7 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) menggajikan lebih 170,000 pekerja.



Bercakap semasa melancarkan ITM itu di Terminal Pasir Panjang Bangunan 3 semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, berkata majoriti pekerjaan baru diwujudkan adalah bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Tahun lalu, sektor itu menunjukkan prestasi baik dengan tanda pemulihan dalam sektor perkapalan.



"Tetapi kita perlu terus berusaha kekal di hadapan. Bukan hanya kita harus terus menawarkan khidmat pelabuhan taraf dunia, kita juga perlu merebut peluang pertumbuhan baru, dan perkukuh tawaran nilai kita kepada dunia. Ini bermakna kita mesti melihat semula cara kita mengendalikan perniagaan dan jenis keupayaan yang diperlukan tenaga kerja maritim," ujar Dr Lam.



Justeru ITM itu adalah bertepatan waktu dalam mengubah sektor itu bagi beberapa tahun mendatang.



"ITM ini juga akan saling melengkapi strategi kami dalam mengembangkan pelabuhan dan pusat maritim antarabangsa kita serta membantu kita mencapai wawasan Singapura sebagai Hab Maritim Global bagi ketersambungan, inovasi dan bakat," tambah beliau.



Salah satu tumpuan ITM adalah terus memperkukuh kedudukan Singapura sebagai pusat maritim antarabangsa (IMC) bagi merangsang daya saing jangka panjangnya.



Lebih banyak usaha dalam pendigitalan dan mendorong produktiviti akan dihasilkan, misalnya Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) akan membangunkan wadah teknologi seperti Jendela Tunggal Maritim, yang akan disepadukan dengan Wadah Dagangan Nasional (NTP) bagi memudahkan perkongsian maklumat.



Lima perjanjian persefahaman memorandum juga dimeterai antara MPA dengan pelbagai rakan kerjasama tiga pihak dalam majlis semalam, bagi menghasilkan inisiatif berkaitan dengan pembangunan modal insan, produktiviti dan mendorong inovasi.



Ini termasuk penubuhan program percepat penubuhan teknologi maritim (MTAP) dengan NUS Enterprise - kerjasama kali pertama dengan 'start-up' - bagi mempercepat inovasi dan eksperimentasi.



Bagi membantu pekerja, lebih banyak program maritim baru akan dihasilkan manakala program seperti 'Earn and Learn' buat eksekutif operasi pelabuhan dan pelaut akan terus dikembangkan.



Mengulas, Anggota Panel Penasihat Yayasan Maritim Singapura (SMF), Kapten Mohamad Salleh, yang juga Pengarah Akademi Maritim Singapura, berkata tunggak penting dalam ITM itu adalah pekerjaan dan kemahiran.



Laporan lanjut: Abu Bakar dilantik anggota lembaga Yayasan Maritim Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >