Lebih banyak syarikat kecil dan sederhana dibantu Spring

ATIYYAH MOHD SAID

BILANGAN syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mendapatkan bantuan Spring Singapore meningkat tahun lalu sedang SME berdepan dengan kos perniagaan yang melambung serta pasaran buruh ketat.

Sebanyak 3,400 SME telah menerima sokongan daripada Spring bagi projek-projek merangsang produktiviti, inovasi dan peningkatan keupayaan tahun lalu - kenaikan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebahagian besar atau 80 peratus daripadanya merupakan syarikat kecil dan mikro, dedah Ketua Eksekutif Spring Singapore, Encik Tan Kai Hoe semasa membentangkan laporan semakan tahunan semalam.

Ini sedang lebih banyak syarikat diperhatikan mengambil lebih banyak tindakan untuk meningkatkan produktiviti mereka pada tahun lalu, kata Encik Tan.

Secara keseluruhan, Spring berjaya mendekati 103,000 SME bagi sepanjang tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.