Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lebih ramai menganggur, dibuang kerja pada suku kedua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih ramai menganggur, dibuang kerja pada suku kedua

Jul 28, 2016 | 12:11 PM



PENGANGGURAN meningkat dalam suku kedua April hingga Jun tahun ini, manakala pertumbuhan pekerjaan perlahan dan pemberhentian kerja bertambah.



Kadar pengangguran yang disesuaikan mengikut musim ialah 2.1 peratus pada Jun 2016, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (28 Julai).



Kadar pengangguran warga Singapura meningkat kepada 3.1 peratus, daripada 2.6 peratus pada Mac, manakala bagi gabungan warga dan Penduduk Tetap (PR) ialah 3 peratus, meningkat daripada 2.7 peratus.



Pengangguran jatuh pada suku Januari hingga Mac bagi warga dan PR kerana kumpulan lebih kecil anak muda berumur 15 hingga 24 tahun bekerja atau sedang mencari pekerjaan, ujar MOM.



Pada masa sama, bilangan orang yang bekerja di sini meningkat 5,500 pada suku kedua tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan pekerjaan ialah 3,674,700 pada Jun lalu.



Pertumbuhan itu lebih perlahan daripada pada suku pertama, apabila 13,000 orang ditambah kepada tenaga kerja, kerana "keadaan ekonomi global yang lemah", kata MOM.



Sektor perkilangan terus mengurangkan pekerja bagi tujuh suku berturut-turut, dengan jumlah pekerja kurang 3,400 orang pada Jun berbanding Mac. Sektor binaan menambah hanya 400 pekerja, manakala perkhidmatan tambah 8,600.



Secara keseluruhan, kira-kira 5,500 pekerja diberhentikan dalam suku kedua - bertambah hampir 70 peratus berbanding pada suku sama tahun lepas.



Sebahagian besar pemberhentian berlaku dalam sektor perkhidmatan, di mana 3,400 pekerja kehilangan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >