Lebih ramai peniaga Melayu manfaatkan Pusat SME@DPPMS

LEBIH banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) Melayu/Islam yang memanfaatkan khidmat kendalian Pusat SME di bawah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Ini hasil daripada lebih banyak usaha mendekati peniaga menyusuli penjenamaan semula pusat itu tahun lalu, kata Pengarah Pusat SME, Cik Harasha Bafana.

Menurut beliau, jumlah peniaga Melayu/Islam yang meraih manfaat meningkat kepada lebih 50 peratus sejak setahun lalu, berbanding 40 peratus sebelum ini.

Sebelum ini, Pusat SME dikenali sebagai Pusat Pembangunan Keusahawanan (EDC) yang telah menjalani penjenamaan semula apabila pemerintah mengumumkan langkah untuk menjadikan kesemua EDC sebagai pusat sehenti untuk maklumat, nasihat dan bantuan khusus untuk para peniaga setempat.

Berkongsi kemajuan tersebut dengan Ekoniaga, Cik Harasha berkata penyertaan syarikat-syarikat Melayu/Islam semakin meningkat ekoran tahap kesedaran lebih tinggi tentang peranan dan khidmat yang ditawarkan Pusat SME ekoran usaha pemasaran lebih giat.

Antara khidmat utama ditawarkan adalah sesi nasihat perniagaan secara bersemuka dan nasihat skim pemerintah.

Laporan lanjut di Ekoniaga esok

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.